web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kerajaan Perlu Persiapkan Diri Dengan Kemahiran Di Lapangan - Sultan Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 8:09PM

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan bergambar bersama peserta Kursus Minggu Eksekutif 2023 di Auditorium Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini. gambar FB Kementerian Pertahanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Baginda bertitah dalam keadaan negara yang sering diuji dengan bencana alam di luar jangkaan, pegawai kerajaan yang berkebolehan mengatur strategi dan melaksanakannya dengan baik serta sempurna, adalah amat diperlukan.

"Kemahiran di lapangan haruslah dimiliki bagi mengemudi dan menggerakkan aset serta jentera kerajaan dan agensi dalam menguruskan tindakan pemulihan ekoran bencana alam yang berlaku ke atas rakyat jelata," titah baginda pada majlis penutup Program Pengukuhan Kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Kedah dan Kursus Minggu Eksekutif Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sultan Sallehuddin yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja bertitah, program pengukuhan berlandaskan modul ketenteraan itu mampu memperkasakan nilai jati diri pegawai kerajaan untuk berhadapan dengan sebarang senario yang akan dihadapi kelak.

Baginda bertitah, program kepimpinan ketenteraan adalah satu pendekatan terbaik untuk memperkemaskan strategi dan mekanisme pengurusan sesebuah organisasi.

Sambil menzahirkan rasa dukacita terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap orang awam, Sultan Sallehuddin menyeru rakyat untuk sentiasa bersyukur kerana pejuang-pejuang kemerdekaan telah berjuang dan berkorban demi memastikan ibu pertiwi bebas daripada cengkaman penjajah.

Walaupun Malaysia aman merdeka, baginda bertitah, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam seperti Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (KCS) dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam tahap kesiapsiagaan terbaik pada setiap masa supaya dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk berbakti kepada negeri dan negara yang tercinta.

Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan penyampaian sijil kepada 82 peserta Kursus Minggu Eksekutif yang dianjurkan oleh Maktab Ketahanan Nasional (MKN).

Antara peserta yang hadir terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan Kedah, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan PTD.

Kursus Minggu Eksekutif itu diadakan untuk memperkukuhkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dalam kalangan peserta, serta peranannya kepada pembangunan kestabilan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Kedah Kurnia Panji Rejimen Kepada Batalion 23 RAMD

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar