web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 6:16PM

Sultan Sallehuddin bertitah terdapat keperluan mendesak untuk memperkasakan jaringan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan di negeri berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah terdapat keperluan mendesak untuk memperkasakan jaringan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan di negeri berkenaan. 

Baginda bertitah adalah amat mustahak bagi Kedah untuk memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memudahkan pergerakan keluar masuk barangan dan ekport ke luar negeri.

Titah baginda, perancangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di dalam kerangka pembangunan Kedah Aerotropolis akan memenuhi kehendak itu dan bertindak sebagai ‘game changer’ yang akan mengubah landskap ekonomi ke tahap yang lebih ampuh.

“Beta berpendapat hasrat ini akan dapat disegerakan sekiranya kerajaan Beta dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama, dan pucuk pimpinan mampu mengenepikan perasaan peribadi dalam mentadbir hal ehwal berkaitan pembangunan.

“Amatlah rugi sekiranya projek pembangunan ini tidak dilaksanakan hanya disebabkan oleh perbezaan pandangan dan pemahaman politik antara pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dan persekutuan sehingga membelakangkan keperluan negeri dan negara yang jauh lebih mustahak,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah demikian dalam ucapan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Sementara itu, baginda turut berkenan mewujudkan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) yang bertujuan membantu meringankan beban rakyat golongan miskin dan mengimbangi pengagihan ekonomi supaya ia lebih adil dan saksama.

“Beta bercita-cita menjadikan TASK sebagai sebuah wadah untuk semua pihak bersama-sama berganding bahu, berbakti dan berbudi kepada golongan yang memerlukan.

“Sesungguhnya sedekah ini bukan sekadar membantu keluarga dengan memberi pakaian, makanan dan minuman, malah diharapkan ianya dapat memberi peluang yang lebih cerah kepada anak-anak keluarga tersebut untuk maju dalam pendidikan,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah, perbincangan mengenai sejarah Negeri Kedah khususnya berhubung kedudukan Negeri Kedah dan Pulau Pinang haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.

Baginda bertitah adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar seni bernegara.

Titah baginda lagi, peristiwa lampau yang telah meletakkan negeri ini dalam keadaan yang sukar dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian-perjanjian berat sebelah harus dijadikan pedoman serta peringatan agar lebih berhati-hati dalam bertindak dan berurusan.

“Perjuangan menjaga hak dan kedaulatan negeri kini bukan lagi di medan perang sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan negeri terdahulu. Medan perjuangan kini adalah di meja-meja rundingan dan melalui tinta-tinta tulisan,” titah baginda.

Berangkat sama ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar