web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Kedah Kurnia Panji Rejimen Kepada Batalion 23 RAMD

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 12:58PM

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) berkenan mengurniakan panji rejimen kepada Batalion ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan panji rejimen kepada Batalion ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam istiadat di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Penganugerahan berkenaan sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan batalion berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.

Mengiringi baginda ke istiadat berkenaan Kolonel Yang Di-Pertua RAMD Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Turut mengiringi baginda Panglima Angkatan Tentera Melaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Pada istiadat berkenaan Sultan Sallehuddin berkenan memeriksa perbarisan dianggotai 23 pegawai dan 386 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion ke 23 RAMD diketuai oleh Lt Kol Mohd Azroi Ariffin Shah.

Baginda kemudian turut berkenan untuk menepung tawar panji-panji rejimen berkenaan sebelum memberikan tabik hormat.

Dalam istiadat berkenaan Sultan Sallehuddin bertitah, penganugerahan berkenaan adalah sebagai pengurniaan tertinggi bagi menghargai perkhidmatan dan kesetiaan yang dimanifestasikan oleh batalion kepada raja dan negara.

"Beta percaya bahawa penganugerahan yang baharu ini, akan menjadi denyut nadi kepada seluruh warga batalion untuk terus mencurahkan kesetiaan dan khidmat bakti dengan lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan," titah baginda.

Baginda turut menyeru warga batalion untuk sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan keupayaan tempur, untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara tercinta.

"Ingatlah, anda semua merupakan sebahagian nadi, dalam memacu tonggak kecemerlangan dan tekad rakyat, untuk menjadi bangsa yang berjaya, dalam kelangsungan menghirup udara kemerdekaan," titah baginda.

Batalion 23 RAMD merupakan batalion ke-23 dianugerahkan panji-panji rejimen daripada keseluruhan 26 batalion RAMD.

Batalion berkenaan memegang kepada pengorbanan demi cinta dan kasih sayang untuk tanah air, agama, nusa dan bangsa adalah separuh dari iman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kerajaan Perlu Persiapkan Diri Dengan Kemahiran Di Lapangan - Sultan Kedah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad