web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 1:31PM

Jofliam (dua, kiri) bersama pasukan Malaysia - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan pasukan Malaysia pada Kejohanan Seni Latte Dunia 2024 di Copenhagen, Denmark berakhir semalam.

Meski menampilkan persembahan meyakinkan, wakil Malaysia, Ryan Liew hanya mampu menduduki tempat terakhir pada pusingan separuh akhir yang berlangsung pada jam 11.30 pagi waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia) semalam.

Ketua pasukan, Faridul Iman Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Jofliam menerusi hantaran di Instagram berkata, perjuangan mereka pada kejohanan tersebut telah berakhir.

“Rezeki hanya di peringkat Semi Final Top 12 dunia. Terima kasih dan maaf pada semua. On to the next mission,” katanya. 

Jofliam ialah individu yang bertanggungjawab membiayai pemergian pasukan Malaysia ke Denmark, malah beliau turut membawa keluarganya ke sana sebagai sokongan.

Dalam hantaran berasingan, Jofliam turut memohon maaf atas kegagalan pasukannya untuk mara ke peringkat akhir.

Namun katanya, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian Liew dan pasukan, malah tidak terbit sebarang  penyesalan dalam dirinya.

At least kita lawan, saya tak pernah rasa menyesal. Maaf Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, fokusnya kini adalah dalam misi seterusnya iaitu Kejohanan ‘Top 100 Pizza 2024’ di Milan, Itali.

Kejohanan Seni Latte Dunia berlangsung selama tiga hari bermula 27 Jun dan berakhir hari ini.

Penganjur, World of Coffee Copenhagen (WCC) berkata, pertandingan tersebut berjaya mengumpulkan lebih daripada 80 peserta seluruh dunia yang akan bersaing untuk merebut kejuaraan dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

Liew pada kejohanan sama tahun lalu di Taipei, Taiwan berjaya menduduki tempat keempat. - Getaran, 29 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar