web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

Wakil negara akan bersaing dengan 11 lagi peserta di peringkat akhir

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:18AM

Ryan Liew (lima, kiri) bersama barisan peserta lain yang akan berentap pada pusingan separuh akhir hari ini - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di persada antarabangsa, nama Malaysia sebenarnya bukan hanya gah dalam aspek politik, sukan atau hiburan, sebaliknya negara turut tidak ketandusan bakat dalam dunia makanan dan minuman (F&B).

Selepas menempa nama sebagai 100 pembuat piza terbaik dunia, Mohd Faridul Iman Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Jofliam sekali lagi melangkah ke luar negara membawa misi mengharumkan nama Malaysia.

Jofliam sebelum ini menempa nama sebagai 100 pembuat piza terbaik dunia. – Gambar Instagram
Jofliam sebelum ini menempa nama sebagai 100 pembuat piza terbaik dunia. – Gambar Instagram

Kali ini, personaliti dan pempengaruh popular itu membawa pasukannya bertanding pada Kejohanan Seni Latte Dunia di Copenhagen, Denmark.

Lebih membanggakan, pemergian mereka ditanggung sepenuhnya oleh Jofliam, malah beliau turut membawa keluarganya ke Denmark bagi memberi sokongan.

Pada pusingan pertama yang berlangsung pada jam 3 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) semalam, wakil Malaysia, Ryan Liew menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya melangkah ke separuh akhir. 

Beliau akan bersaing dengan 11 lagi peserta dari pelbagai negara bagi menempah tiket ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara.

Kejohanan Seni Latte Dunia berlangsung selama tiga hari bermula 27 Jun (semalam) sehingga esok (29 Jun).

Penganjur, World of Coffee Copenhagen (WCC) berkata, pertandingan tersebut berjaya mengumpulkan lebih daripada 80 peserta seluruh dunia yang akan bersaing untuk merebut kejuaraan dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

Pertandingan separuh akhir untuk menentukan pemenang dalam Kejohanan Seni Latte Dunia akan berlangsung pada jam 11 pagi waktu tempatan hari ini atau 5.30 petang waktu Malaysia.

Ryan Liew - Gambar Instagram
Ryan Liew - Gambar Instagram

Ini merupakan kali kedua Liew bertanding di pentas antarabangsa.

Tahun lalu, Liew menduduki tempat keempat dalam pertandingan sama yang diadakan di Taipei, Taiwan. - Getaran, 28 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN