web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 12:16PM

Kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh AMJ - Rembia di Alor Gajah lewat petang semalam. – Gambar JBPM Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya yang berusia tujuh bulan cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) - Rembia di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Bezza Mohammad Ariffin Abdullah Thani, 33, akibat kecederaan parah pada kepala dan operator kilang itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah pada 9.07 malam tadi.

Beliau berkata wanita berusia 30 tahun yang memandu Proton Saga dan bayi perempuannya pula dirawat di zon merah Hospital Melaka akibat kecederaan parah pada kepala.

"Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang Proton Saga iaitu wanita berusia 24 tahun cedera pada beberapa anggota badan dan dirawat di zon kuning hospital sama," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata polis menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan Perodua Bezza dari arah Melaka menghala Alor Gajah dan Proton Saga dari arah bertentangan itu pada 7.07 malam.

Kemalangan itu katanya dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar