web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Maut Nahas 4 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2025 9:41PM

Gambar IPD Kluang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, 11.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan itu melibatkan sebuah lori jenis Volvo, kereta Toyota Camry, Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila tayar hadapan lori yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur telah pecah, menyebabkannya hilang kawalan dan bergesel dengan Toyota Camry yang berada di arah yang sama.

"Akibat pergeseran itu, lori telah terbabas dan menyeberang ke laluan bertentangan, seterusnya berlanggar dengan dua kenderaan iaitu Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.

"Perlanggaran itu juga mengakibatkan Honda Stepwagon Spada terbakar namun kesemua mangsa dalam kenderaan sempat dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata mangsa yang meninggal dunia di lokasi lalah pemandu dan penumpang Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan seorang lelaki berusia 20-an yang masih belum dikenali identitinya.

"Mangsa maut Honda Stepwagon Spada di lokasi pula ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun iaitu Mariam Nasaarudin. Pemandu dan penumpang hadapan Honda Stepwagon Spada yang juga ibu bapa kanak-kanak itu Nasaarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Lapan lagi yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital. Kesemua mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini dan hospital di Kulai," katanya.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemandu lori ditahan susulan kemalangan maut itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam PBK II Shoromi Salih berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 malam dan seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi ini turut melibatkan sebuah jentera LFRT, sebuah FRT dan sebuah EMRS yang bertindak memadam kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang telah disahkan meninggal dunia dan tersepit di dalam sebuah kenderaan," katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 1.24 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

4

Politik 5 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad