web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 6:35PM

Gambar IPD Jerantut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pekerja kilang dan anak tirinya maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di KM6 Jalan Kampung Pulau Mansok-Jerantut, berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok, Jerantut hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, dalam kemalangan sekitar 6.30 pagi itu, warga Bangladesh Mohammad Adam, 39, dan Muhamad Faiq Aqwa Abdullah, 9, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Mohammad Adam yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan menghantar anak tirinya ke Sekolah Kebangsaan Perian, manakala pemandu kereta Perodua Axia sedang menghala ke arah Batu Embun.

"Di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak lubang di kiri jalan sehingga masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, kereta dipandu seorang wanita berusia 41 tahun bersama anak lelakinya berumur lima tahun telah terbabas ke sebelah kanan dan terjatuh ke dalam gaung, namun kedua-dua mereka hanya mengalami cedera ringan.

Zukri berkata mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan pihaknya akan menghubungi Kedutaan Bangladesh untuk pengesahan pasport serta kewarganegaraan Mohammad Adam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad