web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 7,548 Kes Sembuh Tertinggi Dicatatkan, Atasi Kes Baharu 5,271

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 7:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 7,548 kes sembuh COVID-19 hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 534,357, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 3 Jun, negara melaporkan 7,049 kes sembuh daripada virus itu.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh harian mengatasi jumlah kes baharu yang mencatatkan 5,271 kes dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu penurunan untuk empat hari berturut-turut.

Menurut Dr Noor Hisham menerusi perkongsian infografik di laman Twitter hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah 622,086 dengan jumlah kes aktif kini 84,269.

Pada masa sama, beliau memaklumkan 82 kematian lagi dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,460 orang, selain 902 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 447 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham memperincikan Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,374 kes, diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209) dan Kedah (194).

Selain itu, Melaka dengan 178 kes, Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (lapan) dan Perlis (satu).

Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan kemudiannya memaklumkan sebanyak 23 kluster baharu dikesan dengan 16 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, enam melibatkan komuniti serta satu berkaitan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja direkodkan ialah Integrasi Rawang Satu, Jalan Keretapi Lama Klang, Jalan Tujuh Selatan, Jalan SS Enam di Selangor; Jalan Perindustrian Tujuh, Jalan Parit Hulu, Jalan Besar Rengit (Johor) serta Jalan Airport dan Jalan Ilmu (Sarawak).

Selain itu Pedas 2 dan Industri Kampung Gebok di Negeri Sembilan; Hamparan (Sabah); Kampung Gajah Mati (Kelantan); Jalan Walter Granier (Kuala Lumpur); Jalan Burma (Pulau Pinang) dan Dah Ria Jaya (Kedah).

Kluster komuniti pula membabitkan Sungai Durin dan Jalan Masket di Sarawak; Taman Wawasan, Kampung Bolong Baru, Jalan Budi (Sabah) serta Pelandang (Terengganu), sementara kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor yang dinamakan Kluster Jalan Keranji.

Menurut Dr Noor Hisham secara keseluruhan jumlah kluster aktif kini 726 manakala 1,635 kluster telah tamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad