web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salur RM2.4 Juta Baiki Saluran Bekalan Air Luar Bandar Sabah - TPM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:55PM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Sepanggar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membaiki saluran bekalan air kawasan luar bandar Sabah bulan lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, Kerajaan Persekutuan juga memberi komitmen menambah peruntukan bagi tujuan itu jika diperlukan namun berharap koordinasi lebih baik dapat dibentuk dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

"Walaupun kita baiki saluran tetapi bekalan tidak cukup, mustahil pengguna akan perolehinya maka kerjasama itu kita selaraskan...kerajaan negeri juga telah diberi peruntukan (oleh) Kerajaan Persekutuan untuk baiki dan tukar saluran paip itu, saya fikir koordinasi ini boleh dilakukan dengan baik," kata Presiden UMNO itu pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian Sepanggar parti berkenaan hari ini.

Mengenai penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa MADANI (JKDM) di Sabah, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan sebagai pelengkap kepada jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

"Kita tidak berniat pun untuk bersaing atau mencari jalan berbeda, kita mahu memperkukuh akar umbi agar rakyat yang terpinggir dapat kita santuni.

"Kita tubuhkan JKDM untuk memperkukuh kekuatan dukungan rakyat di sesebuah kampung," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad