web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pasang Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Simpan Harta Rompak Milik Kieda Crepe

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 9:17PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Dua pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini pertuduhan menyimpan harta rompak iaitu barangan kemas seberat 247.65 gram milik pempengaruh media sosial Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais atau Kieda Crepe, April lalu.

Tertuduh, Nurul Hidayah Mahat, 24; dan adiknya, Endang Nur Nabila Suriana, 22; bersama suami mereka Muhammad Ezwan Syafiq Joha, 27; dan Muhammad Affizan Abdullah, 24; membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan niat curang telah menyimpan harta iaitu seutas gelang tangan seberat 27.95 gram, seutas rantai leher gantung 'love high polish' (130.56 gram), seutas rantai tangan gantung 'love high polish' (84.64 gram) dan seutas rantai leher (4.50 gram) kepunyaan Siti Nur Khalieda Yusra melalui hasil rompakan berkumpulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Aman, Pokok Sena, Kepala Batas pada jam 9 malam, 25 April lalu.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, peguam Ranjit Singh Sandhu merayu agar mahkamah membenarkan jaminan dengan nilai yang munasabah kepada kesemua anak guamnya.

"Muhammad Ezwan hanya bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan RM1,200 sebulan dan isterinya, Nurul Hidayah tidak bekerja dan mereka mempunyai dua orang anak yang masih kecil berusia tujuh tahun dan sembilan bulan, manakala Nurul Hidayah pula menghidap kencing manis kronik yang memerlukan suntikan insulin.

"Endang Nur Nabila Suriana adalah suri rumah dan juga menghidap penyakit kencing manis kronik manakala suaminya, Muhammad Affizan yang menghidap penyakit asma hanya bekerja sebagai pekerja landskap secara separuh masa dengan pendapatan RM1,500 sebulan," katanya.

Noor Aini kemudiannya menetapkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh, serta tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman mereka pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mendekati atau menghubungi mangsa atau saksi sehingga kes selesai.

"Sekiranya tertuduh tidak mempunyai pasport antarabangsa, mahkamah akan mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia supaya tidak mengeluarkan pasport kepada mereka sehingga proses perbicaraan tamat," kata Noor Aini.

Kes akan disebut semula pada 19 Julai depan untuk serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan usahawan makanan Kieda Crepe mengalami kerugian sehingga RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk pada April lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selamba Macam Tu Saja Dia Rompak 7-Eleven!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Beradik DIdakwa Merompak Guna Kapak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Dalang Utama Rompak Isteri Dicekup

4

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Anggota Polis Antara 4 Individu Didakwa Rompak Libatkan Jutaan Ringgit

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar