web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Anggota Polis Antara 4 Individu Didakwa Rompak Libatkan Jutaan Ringgit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 4:15PM

4 lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas Mohammad Syafiq Hazane Dzulfikri, di Wangsa Maju, pada 25 Mei lepas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis yang bertugas di Bukit Aman antara empat individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki membabitkan nilai jutaan ringgit di sebuah kondominium.

Dua sarjan iaitu Ahmad Shahrizan Ab Rahman, 42, dari Bahagian Risikan, Operasi, Rekod Jenayah (D4) dan Mohamad Shawal Chekman, 40, dari E9 Cawangan Khas serta Khairul Anwar Ahmad, 40, dan Muhammad Firdaus Zainal, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Empat lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas Mohammad Syafiq Hazane Dzulfikri, 25, di Irama Wangsa Kondominium, Seksyen 10, Wangsa Maju, pada 8.30 malam, 25 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

“Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan setiap tertuduh dijamin RM50,000 dengan seorang penjamin kerana ia membabitkan nilai rompakan jutaan ringgit,” kata Nidzuwan.

Peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, yang mewakili dua anggota polis itu memohon agar mahkamah membenarkan kedua-dua anak guamnya diikat jamin dengan jumlah yang rendah.

“Tertuduh pertama, iaitu Ahmad Shahrizan adalah anggota polis D4 yang bertugas di Bukit Aman. Dia yang telah bercerai dan kini menanggung empat anak telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 16 tahun dan berpendapatan RM3,000 sebulan.

“Anak guam saya juga pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2009 dan 2018,” katanya.

Mohamed Yazzer berkata Mohammad Shawal pula yang merupakan anggota polis bertugas di E9 Cawangan Khas menanggung empat anak dan pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2021.

Sementara itu, peguam Mohamad Rohan Mohamad Razi mewakili dua lagi tertuduh memohon kedua-dua anak guamnya diikat jamin RM3,000.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 31 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 minit yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Semasa 29 minit yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

3

Video & Galeri 5 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 minit yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad