web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diperdaya 'Pegawai NSRC', Warga Emas Rugi Lebih Setengah Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 5:09PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas kerugian RM584,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon, awal bulan lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata wanita berusia 70 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menyatakan kononnya dia mempunyai rekod jenayah penipuan.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya dihubungi seorang individu mendakwa 'pegawai polis' dari utara tanah air memaklumkan kononnya terdapat satu akaun bank dibuka atas namanya di negeri itu, namun wanita itu menafikannya.

"Bagaimanapun, suspek meyakinkan mangsa (wanita) untuk memberikan butiran semua akaun yang dimiliki bagi tujuan siasatan, kemudian mangsa mengikut arahan suspek dengan meletakkan kad mesin juruwang automatik (ATM) satu akaun bank miliknya di lokasi yang diarahkan serta nombor pin.

"Mangsa seterusnya diarah memindahkan wang daripada beberapa akaun simpanannya yang lain ke akaun bank (kad ATM) yang diserahkan itu berjumlah hampir RM600,000 untuk 'siasatan'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata wanita berkenaan telah membuat semakan dengan pihak bank baru-baru ini dan mendapati wang yang diserahkan telah berkurangan sebanyak RM584,000, serta didapati berlaku transaksi pengeluaran wang melalui ATM selain pindahan wang atas penama yang tidak dikenali.

"Mangsa mengesyaki ditipu dan membuat laporan polis pada Isnin lepas. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau sehubungan itu mengingatkan masyarakat bahawa NSRC adalah pusat yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan berbentuk komunikasi sehala sahaja.

"Bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, segera hubungi NSRC menerusi talian 997 agar peluang membuat sekatan terhadap wang telah dipindahkan lebih tinggi.

"Dapatkan juga maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui Facebook, Instagram dan TikTok Jabatan Siasatan Jenayah Komersial," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Jenayah Dalam Talian Bagi Tempoh Jan – Sept Meningkat 23 Peratus - Teo

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran