web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Jenayah Dalam Talian Bagi Tempoh Jan – Sept Meningkat 23 Peratus - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 8:00PM

Penipuan dalam talian (fraud) terus berada di tangga teratas dengan jumlah insiden sebanyak 3,087. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman merekodkan 19,224 kes jenayah dalam talian dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan 23 peratus berbanding 15,659 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata nilai kerugian kes jenayah bagi Januari hingga September tahun ini juga meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022.

“Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia pula merekodkan sebanyak 4,898 insiden keselamatan siber dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, penipuan dalam talian (fraud) terus berada di tangga teratas dengan jumlah insiden sebanyak 3,087,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan Majlis Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan merasmikan majlis. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Teo berkata insiden penipuan dalam talian dan ancaman scam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana negara telah mengalami kerugian jutaan ringgit dan tekanan emosi.

Beliau berkata statistik turut menunjukkan bahawa mangsa scam merangkumi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, termasuk golongan profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, doktor, ahli perniagaan serta pesara dan warga emas.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menurunkan 4,013 akaun dan kandungan setakat 31 Okt tahun ini.

“Dalam tempoh sama MCMC turut bertindak menyekat 1,764 laman sesawang palsu untuk penipuan pemancingan maklumat (Phishing),” katanya.

Menurut Teo, MCMC juga telah bertindak menyekat 410,590,277 SMS tidak diminta (unsolicited SMS) sejak Januari sehingga September tahun ini, manakala 19 juta SMS yang mengandungi pautan (Hyperlink) telah disekat dari 2 Mei sehingga Sept 2023.

Beliau berkata sejumlah 79,322 talian termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS meragukan telah ditamatkan perkhidmatannya dari Januari sehingga September 2023.

“MCMC turut menyekat 553,173,467 panggilan meragukan dari Januari sehingga September tahun ini,” katanya.

Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 telah bermula pada 18 Feb lalu di Selangor dan Kuala Lumpur, 20 Mei di Perlis dan 2 serta 3 Sept di Sarawak.

Program jelajah diteruskan pada 28 dan 29 Okt di Sabah dan akan diteruskan di Johor dan dijangka berakhir di Putrajaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya 'Pegawai NSRC', Warga Emas Rugi Lebih Setengah Juta

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad