web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 12:10PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun akan dilanjutkan.

Menurut laporan The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

“Ya, reman akan dilanjutkan esok,” katanya.

Ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang ditemui mati di Damansara Damai Disember lalu direman tujuh hari oleh mahkamah majistret pada 1 Jun lalu.

Majistret Azura Mohd Saad membenarkan reman itu, dan pasangan itu akan ditahan sehingga 9 Jun ini.

Polis menahan ibu bapa, kedua-duanya berusia 28 tahun, pada 31 Mei lalu berdasarkan hasil risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.

Kes itu, yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, telah difailkan semula sebagai pembunuhan selepas polis menemui bukti melakukan kesalahan.

Mayat Zayn selepas lebih 30 jam dia dilaporkan hilang pada 5 Disember.

Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn. Polis percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di anak sungai.

Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Zain berkata polis telah merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu. – The Malaysian Insight, 6 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad