web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 10:23PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika di lokasi kejadian. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Justeru, beliau menafikan Zayn Rayyan merupakan mangsa dera seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Tiada kesan penderaan ditemukan pada badan mangsa, ibu bapa kanak-kanak ini telah menjaganya (Zayn Rayyan) dengan elok, spekulasi dia didera ini tidak betul. Orang ramai dinasihatkan tidak keluar kenyataan tidak berasas yang boleh mengganggu siasatan polis dan sensitiviti keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Apartment Idaman di sini hari ini.

Setelah dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, kanak-kanak berumur enam tahun itu ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh semalam, kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Dalam pada itu, Hussein berkata 50 anggota polis terlibat dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata walaupun pihaknya kini mempunyai keterangan yang amat terhad bagi siasatan kes berkenaan, beliau memberi jaminan polis akan melakukan yang terbaik sehingga tertangkapnya pelaku kes terbabit.

"Setakat ini, kita telah merakam beberapa keterangan dan telah menghantar beberapa barangan kes kepada Jabatan Kimia dan keputusan cap jari serta keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diperoleh dalam dua, tiga hari lagi," katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata pihaknya akan meluaskan radius kawasan siasatan di sepanjang anak sungai lokasi kanak-kanak malang berkenaan ditemukan.

Beliau berkata pihaknya turut menerbangkan dron di lokasi berkenaan pada petang tadi bagi tujuan pemetaan kawasan serta mencari sekiranya terdapat laluan tikus yang boleh digunakan untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan.

"Polis juga mengumpul maklumat kes ini dari rumah ke rumah, terdapat 18 blok di apartmen ini yang menempatkan 2,484 buah rumah dan setakat ini kita telah selesai menemu bual penduduk di tiga blok dan akan diteruskan sehingga selesai semua," katanya.

Ditanya sama ada polis akan menggunakan pangkalan data pesalah seksual kanak-kanak yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam siasatan berkenaan, Hussein berkata pihaknya sedang membuat data itu bersama pangkalan data milik polis untuk mengenal pasti suspek. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Dilanjutkan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar