web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Panggil 3 Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2024 6:01PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis memanggil tiga individu, termasuk pengasuh untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata antara yang dipanggil hari ini ialah bekas pengasuh kanak-kanak itu dan dua ahli keluarganya.

“Mereka dipanggil untuk membantu dan melengkapkan siasatan polis,” katanya.

Hussein berkata mereka memberikan keterangan di balai polis Petaling Jaya.

Semalam, polis dilaporkan merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan untuk siasatan lanjut.

Ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang ditemukan mati di Damansara Damai Disember lalu, direman tujuh hari oleh mahkamah majistret pada Ahad.

Majistret Azura Mohd Saad membenarkan reman itu, dan pasangan itu akan ditahan sehingga 9 Jun ini.

Kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, telah difailkan semula sebagai kes bunuh selepas polis menemui bukti berlakunya perbuatan khianat.

Mayat Zayn ditemui selepas lebih 30 jam dia dilaporkan hilang pada 5 Disember.

Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn. Polis percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di anak sungai.

Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata polis telah merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu. – The Vibes, 3 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Masih Wakili Ibu Zayn Rayyan – Mahmud

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad