web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pegawai Kanan Polis Didakwa Terima Rasuah RM1.25 Juta Bantu Tutup Kes

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 4:55PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.25 juta, bagi membantu menutup siasatan kes seorang ahli perniagaan membabitkan pembelian senjata api oleh warga Israel, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Chin Kiam Kong, 54, dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK Bukit Aman DSP Suhairon Abdullah, 42, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terhadap mereka, selepas dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mereka didakwa bersama-sama sebagai Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia bersetuju menerima rasuah dan menerima rasuah wang tunai sebanyak RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28, sebagai dorongan bagi membantu menutup siasatan jenayah ke atas lelaki itu berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 120 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik/ Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, di Jalan Tun Razak di sini, antara 12 hingga 1 tengah hari, 8 April dan di ruang letak kereta menara berkenaan, antara 4.29 hingga 4.40 petang.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Chin turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan lain iaitu bersetuju menerima rasuah dan menerima rasuah RM250,000, bagi membantu menutup siasatan jenayah ke atas Khoo yang membabitkan kesalahan komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik, Menara KPJ di sini, pada 12.30 tengah hari, 18 April lepas dan di tempat letak kereta berbayar, menara berkenaan, antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, 19 April.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir memohon jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, peguam Jacky Loi mewakili Chin memohon jaminan RM20,000 kerana tertuduh telah berkhidmat dengan PDRM selama 29 tahun dan mempunyai empat orang anak yang mana seorang daripadanya masih belajar di luar negara dan memerlukan pasport bagi tujuan menghadiri sesi pertemuan bersama ibu bapa hujung Jun ini.

Peguam Ridha Abdah Subri mewakili Suhairon memohon jaminan RM15,000 kerana tertuduh sudah berkhidmat di PDRM lebih 20 tahun dan mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak serta bersetuju menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 masing-masing dengan seorang atau dua penjamin, serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar