web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Simbah Asid: Polis Ekstrak Kesan Cap Jari Suspek 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 8:30PM

Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua, kiri) ketika ditemui media di lokasi serangan asid - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan insiden pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) DatukSeri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat beli belah, suspek dipercayai ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat.

"Kita sudah pun ekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan di situ, kita masih lagi menunggu analisa cap jari ini dan ia memberi gambaran positif serta mendekatkan diri kita kepada suspek terbaharu ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya belum dapat mengenal pasti wajah suspek dan sebagainya kerana suspek memakai topi dan CCTV tidak menjurus ke arah wajah suspek.

Mengenai suspek yang ditahan sebelum ini, beliau berkata pihaknya masih menjalankan soal siasat ke atasnya dan tiada sebarang maklumat baharu diterima.

"Kita mash lagi jalankan soal siasat dan ia masih lagi di peringkat permulaan untuk saya kongsikan sebarang perkembangan," katanya yang menambah, polis turut menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily berkata tiada sebarang penangkapan terbaharu yang dilakukan dan meminta orang ramai tidak mempercayai mana-mana laporan tidak sahih yang diterbitkan olen mana-mana portal berita tidak sah.

Sebelum ini, Faisal telah diserang oleh individu tidak dikenali dengan asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang yang mengakibatkan beliau melecur tahap empat pada badan dan muka.

Terdahulu, Mohd Shuhaily meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melawat lokasi insiden tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad