Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liga Malaysia Diteruskan Dengan Jaminan Keselamatan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:04PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua perlawanan Liga Malaysia yang dijadualkan berlangsung minggu ini akan diteruskan dengan jaminan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan media, berkata turut diteruskan Perlawanan Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC yang dijadualkan pada 10 Mei ini.

Kenyataan itu menyebut MFL tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia melalui kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.

“Justeru, pihak MFL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.

“Selain itu, jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini (10 Mei 2024) telah diberikan oleh Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar,” katanya.

MFL berkata, Kumar memaklumkan seramai 1,500 anggota polis akan ditugaskan, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

Kenyataan itu menyebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini juga menyatakan persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

“Dengan jaminan keselamatan oleh pihak Polis, MFL terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan Perlawanan Sumbangsih itu atas faktor kebimbangan mengenai tahap keselamatan pasukan,” katanya.

Pada masa sama, MFL turut merakamkan rasa simpati dan kesal atas insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia iaitu Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim).

Katanya, insiden berasingan itu jelas menggemparkan negara khususnya penyokong bola sepak tempatan yang kini bersatu menyatakan sokongan dan mendoakan agar pemain terlibat dalam keadaan baik.

“MFL mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana pemain dan berharap kes ini dapat disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Faisal mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.

Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, sebelum polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.52 petang tadi.

Sementara itu pada Khamis minggu lalu, Akhyar dilaporkan diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Semalam, cermin belakang kenderaan dipandu Safiq yang juga bekas pemain kebangsaan, dipecahkan berhampiran pusat latihan JDT di Sri Gelam, Johor Bahru.

Dalam kejadian jam 10.05 malam itu, Safiq yang sedang memandu tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang keretanya. – Getaran, 8 Mei 2024

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 12 jam yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 13 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi