web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kunjung-Mengunjung Aidilfitri Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:21AM

Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan Aidilfitri lepas telah mencetuskan kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Blok 31 di Tawau dengan 31 kes positif dikesan setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata kes indeks bagi kluster itu merupakan seorang suri rumah berusia 71 tahun yang dikesan positif selepas menjalani ujian saringan di Hospital Tawau pada 27 Mei.

Beliau berkata susulan ujian saringan kontak rapat yang dilakukan selepas itu, sebanyak sembilan kes positif dikesan dengan tambahan 21 lagi kes baharu hari ini.

“Aktiviti pengesanan kontak dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan pada masa ini,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Selain itu, satu lagi kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Gambaron di Telupid yang melibatkan tempat kerja dengan 12 kes positif setakat ini.

Kes indeks membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang bergejala batuk dan sesak nafas sejak 26 Mei lepas sebelum disahkan positif pada 2 Jun setelah menjalani ujian saringan di Klinik Telupid.

“Kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri perjumpaan sosial pada 22 Mei lepas di sebuah kafe di Telupid dan penularan kes juga disumbang beberapa rakan sekerja kes indeks yang telah pulang ke kawasan berisiko tinggi di Tawau untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Masidi juga berkata jumlah kes positif COVID-19 di Sabah menyaksikan penurunan kepada 259 kes berbanding 287 semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, trend penurunan atau peningkatan kes di Sabah didapati tidak statik dan ketika ini hanya dua daerah di negeri itu masih kekal dalam kategori zon hijau.

“Pengurangan zon hijau yang begitu ketara menandakan kebarangkalian berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP adalah sangat tinggi. Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan.

“Kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 6 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar