web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 5:50PM

Jauteh Dikun - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu berusia 14 tahun dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan lanjut itu juga turut melibatkan Ketua Polis Daerah (OCPD) tersebut.

"Siasatan ke atasnya dijalankan sebab dia yang memiliki pistol berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, di sini hari ini.

Jauteh berkata siasatan juga masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada kes tersebut ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

"Itu yang kita belum dapat buat keputusan. Belum kita dapat keputusan muktamad selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga belum ada keputusan sama ada OCPD berkenaan digantung tugas kerana siasatan masih diteruskan.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu pada 16 April adalah disebabkan tembakan di bahagian dada kanan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Deputi Komisioner Datuk Shahurinain Jais berkata hasil siasatan mendapati hanya satu das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu dan hasil bedah siasat di Hospital Lahad Datu merumuskan tembakan berkenaan terkena pada bahagian dada kanan mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad