web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 5:29PM

Perdfana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini. - gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri atau kerajaan tidak mahu terlibat dalam sebarang keputusan dibuat oleh Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata afidavit daripada timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong dakwaan permohonan Najib yang terdapat titah tambahan tahanan rumah, perlu dilakukan atas kapasiti beliau sebagai presiden UMNO, dan bukannya mewakili kerajaan.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perbincangan mengenai adendum (perintah tambahan),” kata Anwar kepada pemberita di Kajang ketika ditanya sama ada perintah tambahan itu wujud, menurut laporan.

“Ia terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan, yang mana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak.

“Semua pihak harus menerima perkara ini dan menumpukan kepada memastikan keselamatan dan memperkukuhkan kestabilan,” katanya selepas solat Jumaat, hari ini.

Anwar menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan Lembaga Pengampunan, sambil menambah titah Agong semasa mesyuaratnya akan dianggap muktamad dan tidak tertakluk kepada cabaran oleh kerajaan.

“Zahid (mengemukakan afidavit) atas kapasitinya sebagai presiden UMNO, dengan peguam negara mewakili Lembaga Pengampunan.

“Pendirian kami tetap teguh yang keputusan melibatkan Raja-Raja Melayu tidak akan dicabar.

“Saya enggan mengulas lanjut kerana ini selaras dengan prinsip kerajaan sejak merdeka,” katanya.

Anwar juga enggan mengulas sama ada beliau melihat adendum yang memberikan Najib kebenaran menjalani tahanan di rumah.

Ahmad Zahid sebelum ini mengesahkan afidavit kewujudan perintah tambahan Agong membenarkan Najib menjalani tahanan rumah sebagai ganti hukuman penjaranya.

Najib membuat tuntutan di mahkamah mendakwa wujudnya perintah tambahan itu selain pengampunan sebahagian hukuman yang diberikan kepadanya pada Januari lalu.

Dalam permohonannya, Najib berkata, adendum dalam pengampunan Agong membenarkan beliau menjalani baki tempoh penjara enam tahun sebagai tahanan rumah.

Beliau berkata, adendum itu dikeluarkan oleh Agong pada 29 Januari lalu.

Pada 2 Februari, Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara 12 tahun yang dihadapi Najib, berhubung kes rasuah RM42 juta membabitkan SRC International.

Ia membolehkan bekas pemimpin itu dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Lembaga juga mengurangkan denda RM210 juta Najib kepada RM50 juta.

Lembaga itu berkata ia membuat keputusan selepas mesyuarat pada 29 Januari dan tidak memberi alasan di sebalik memberi kelulusan terhadap permohonan Najib bagi pengampunan itu.

Pengampunan itu diberikan sehari sebelum Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berundur.

Beberapa jam selepas afidavit Ahmad Zahid diketahui umum, seorang lagi menteri dan pemimpin UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau akan memfailkan afidavit bagi “membetulkan kesilapan fakta tertentu” dalam afidavit presiden UMNO itu. – The Malaysian Insight, 19 April, 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad