web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:44PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada jam 3.30 petang hari ini.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian tersebut mengakibatkan tren-tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi pada waktu puncak.

"Susulan daripada gangguan ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren 4 hingga 5 minit.

"Beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di tiga stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Stesen Taman Bahagia dan Stesen Taman Jaya tidak dapat berfungsi, namun pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa di stesen-stesen tersebut," menurut kenyataan tersebut.

Menurut Prasarana, pengguna perkhidmatan LRT disaran menggunakan laluan rel alternatif seperti laluan LRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara dan Monorel KL Sentral, LRT Dang Wangi ke Monorel Bukit Nanas, LRT KLCC ke MRT Persiaran KLCC serta LRT Ampang Park ke MRT Ampang Park.

Prasarana turut memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada pengguna menerusi kenyataan media serta platform media sosial Rapid KL.

"Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang. Pengumuman di platform juga dijalankan secara berterusan," menurut kenyataan itu.

Pihak Rapid Rail turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan yang dialami oleh para penumpang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Gangguan Sistem LRT: PRASARANA Tambah 20 Bas Perantara Percuma

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kurang Sehari Dibaiki LRT ‘Buat Hal Lagi’, Pengguna Pertikai Kualiti Perkhidmatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad