web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem LRT: PRASARANA Tambah 20 Bas Perantara Percuma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 7:02AM

Rapid Bus menambah 20 buah bas perantara percuma mulai hari ini, bagi membawa penumpang yang terjejas dengan gangguan operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya ke lokasi dituju - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ekoran penutupan 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bermula semalam, Rapid Bus menambah 20 buah bas perantara percuma mulai hari ini, bagi membawa penumpang yang terjejas dengan gangguan operasi perkhidmatan itu ke lokasi dituju.

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menerusi kenyataan memaklumkan, usaha itu dapat dilaksanakan selepas syarikat pengangkutan awam berkenaan, mendapat kerjasama daripada Smart Selangor yang menyediakan 20 bas.

Menurut syarikat itu, buat masa ini, pihak Rapid Bus menyediakan sebanyak 83 bas perantara bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi dan kini, ia dapat menawarkan lebih daripada 100 bas bagi menampung penumpang di lima laluan.

“(Lima laluan itu adalah) Stesen Ara Damansara – Stesen Pasar Seni (menjadi Laluan LRT 1), Stesen Ara Damansara – Stesen Kelana Jaya (Laluan LRT 2), Stesen Kelana Jaya – Stesen Pasar Seni (Laluan LRT 3), Stesen Pasar Seni – Stesen Masjid Jamek (Laluan LRT 4) dan Stesen Masjid Jamek – Stesen Dato’ Keramat (Laluan LRT 5).

“Bagi menambah jumlah kakitangan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang, seramai 80 warganya ditempatkan di stesen bagi membantu penumpang dari segi memberi panduan menaiki bas perantara,” menurut kenyataan itu malam tadi.

PRASARANA berkata, bagi penumpang yang terjejas dengan masalah perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan terbabit kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya.

PRASARANA berkata, bagi penumpang yang terjejas dengan masalah perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan terbabit kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya - Gambar Fail
PRASARANA berkata, bagi penumpang yang terjejas dengan masalah perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan terbabit kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya - Gambar Fail

Katanya, ia dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan.

Manakala, jelasnya, maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami akan memaklumkan perkembangan proses baikpulih LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa,” katanya.

Terdahulu, selepas beberapa kali perkhidmatan LRT berdepan gangguan sistem sehingga dihentikan lebih awal malam semalam, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) membuat keputusan ‘mengejutkan’ apabila menggantung operasi perjalanan pengangkutan awam itu bagi laluan Kelana Jaya selama tujuh hari.

RapidRail memaklumkan, penggantungan antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park itu membabitkan 16 stesen.

Stesen itu adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar.

Turut ditutup Stesen Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah menerusi sidang media khas semalam berkata, punca sebenar di sebalik gangguan operasi perkhidmatan yang menyebabkan penumpang di Lembah Klang terkandas sejak dua hari lalu itu, masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, jurutera syarikat terbabit tidak dapat mengenalpasti apakah isu sebenar, sehingga menjejaskan perkhidmatan sistem kereta api automatik (ATC).

Justeru, bagi mengetahui punca utama dan mencari penyelesaian, Azharuddin memaklumkan, pihaknya kini menunggu ketibaan pasukan pengeluar peralatan asal (OEM) sistem rel, iaitu Kumpulan Thales bagi membantu menyelesaikan situasi itu.

Pasukan dijangka tiba hari ini dari Toronto, Kanada itu akan menentukan sama ada perkhidmatan LRT dapat disambung semula dengan lancar atau tidak, berikutan penggantungan dilaksanakan. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar