web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kurang Sehari Dibaiki LRT ‘Buat Hal Lagi’, Pengguna Pertikai Kualiti Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:13PM

Pintu gril utama memasuki ruang stesen LRT Laluan Kelana Jaya ditutup. - Gambar oleh Hanif Zahari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya dalam beberapa jam selepas Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan transit aliran ringat (LRT) Laluan Kelana Jaya kendaliannya pulih awal pagi tadi, masalah sama berulang petang ini, sekali gus mengundang kemarahan pengguna pengangkutan awam itu.

Menerusi aduan dan gambar diterima Getaran kira-kira jam 5 petang, pintu gril utama memasuki ruang stesen LRT Laluan Kelana Jaya ditutup.

Pengguna di beberapa stesen juga dilaporkan terkandas dan masih menunggu perkhidmatan terbabit pulih.

Gangguan itu didakwa membabitkan Laluan LRT Kelana Jaya hingga ke stesen Ampang Park yang menyaksikan pihak RapidKL, menyediakan perkhidmatan bas percuma di beberapa stesen antara kedua-dua lokasi itu bagi memudahkan pengguna bergerak ke lokasi dituju.

Menerusi akaun Twitter @AskRapidKL, RapidKL tidak memperincikan mengenai masalah sebenar sedang berlaku, sebaliknya sekadar memaklumkan terdapat gangguan laluan LRT Ampang dan Sri Petaling bagi waktu puncak perkhidmatan, iaitu 5 petang hingga 7.30 malam.

Bagi Laluan Kelana Jaya, gangguan perkhidmatan membabitkan Laluan Ampang/Sri Petaling selama tiga minit, Laluan DPP (6 minit), bukan DPP Laluan Monorel (7 minit), Laluan Kajang (6 minit) dan Laluan Putrajaya (4 minit).

Meninjau ke Twitter, orang ramai mempertikaikan perkara tersebut, termasuk mempersoalkan kualiti perkhidmatan disediakan syarikat pengangkutan berkenaan yang sering ‘rosak’.

“RapidKL ini memanjang (asyik) masalah, dengan hujan lagi,” kata seorang pengguna.

“Aku ini dah la gaji tengah kurang. Dengan transport (pengangkutan) pun naik LRT je sebab tak ada lesen kereta. Balik terpaksa naik grab dan benda ni jadi. Memang menyusahkan orang je lah RapidKL ni. Tak habis dengan tren rosak lah, lambat sampai lah,” rungut  pengguna lain.

“Sediakan beberapa bas cukupkah (dengan jumlah pengguna terkandas ramai). Sekurang-kurangnya 50 bas untuk satu hala,” sinis seorang pengguna lain.

“Mungkin admin (pengurusan) RapidKL kena bawa LRT pergi perubatan Islam pula, lain macam sangat gangguan kali ini,” gurau seorang pengguna.

Bagaimanapun, RapidKL ketika dihubungi Getaran untuk mengulas mengenai punca gangguan itu, hanya meminta segala maklumat lanjut dan kemaskini mengenai perkhidmatannya dirujuk menerusi Twitter.

“Segala maklumat dan kemaskini, boleh rujuk menerusi ciapan di Twitter kami,” kata jurucakapnya.

Terdahulu, RapidKL menerusi perkongsian di Facebook hari ini memaklumkan, gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akibat masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen KLCC yang berlaku malam tadi, kembali normal awal pagi ini.

Kenyataan dikeluarkan RapidKL semalam itu memaklumkan, perkhidmatan LRT laluan terbabit yang tergendala pada jam 8.39 malam, mengalami masalah sistem pemanduan automatik, sehingga menyebabkan gangguan perjalanan di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC. - Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Operasi Stesen Rel Terpilih Dilanjut Sehingga 1.30 Pagi Sabtu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tahun Baharu: Perkhidmatan LRT, MRT, Monorel Dilanjut Sehingga 1 Pagi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar