web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahun Baharu: Perkhidmatan LRT, MRT, Monorel Dilanjut Sehingga 1 Pagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 3:49PM

RapidKL akan melanjutkan perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya di beberapa stesen sehingga jam 1 pagi pada 31 Disember ini. - Gambar ihsan RapidKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) akan melanjutkan perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya di beberapa stesen sehingga jam 1 pagi pada 31 Disember ini, bersempena sambutan Tahun Baharu 2023.

Menerusi kenyataannya, RapidKL memaklumkan, perkhidmatan itu adalah bagi transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan Monorel.

Katanya, stesen itu membabitkan LRT Laluan Kelana Jaya (KLCC dan Masjid Jamek), LRT Laluan Ampang/Sri Petaling (Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong Jaya dan PWTC), MRT Laluan Kajang (Bukit Bintang dan Maluri) serta Monorel Laluan KL (Bukit Bintang).

“Bagi memenuhi keperluan operasi sempena malam Tahun Baharu 2023, operasi di beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada malam 31 Disember 2022.

“Stesen lain akan menamatkan perkhidmatan seperti biasa, namun penumpang masih boleh ke stesen tersebut,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, RapidKL meminta supaya pengguna memilih pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menggunakan perkhidmatan terbabit.

“Pengguna disaran menggunakan pembayaran tanpa tunai seperti kad TnG bagi kelancaran perjalanan,” katanya. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Letupan Babitkan Tren MRT - Rapid KL

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad