web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak ‘Engage’ Suspek Kes Tembak KLIA Kerana Keselamatan Awam - KP Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 1:57PM

Hussein Omar Khan (tengah) menyaksikan upacara serah tugas antara Imran Abd Rahman (kiri) kepada Azman Shariat (kanan) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan polis tidak mengambil tindakan drastik untuk menangkap suspek tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ketika kejadian awal pagi semalam, kerana keutamaan ketika itu ialah keselamatan orang awam.

Beliau berkata kaedah 'engage' atau mendekati suspek tidak digunakan ketika kejadian memandangkan kawasan lapangan terbang ialah tumpuan awam.

"Lebih baik kita keluarkan dia (suspek) dari kawasan itu dan selamatkan orang awam. Itu kaedah terbaik dari 'engage' dengan suspek yang bersenjata api," katanya kepada media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di sini hari.

Beliau berkata pihaknya percaya tindakan dan respons polis serta pihak keselamatan lapangan terbang adalah cepat dan terbaik.

"Kalau kita 'engage' dengan dia (suspek) keadaan akan lebih buruk. Dia akan lepas tembakan dan di situ adalah kawasan awam yang ramai orang, kanak-kanak pun ada," katanya.

Ditanya keadaan terkini mangsa tembak, Hussein berkata mangsa kini stabil dan mash menerima beberapa siri rawatan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek cedera akibat terkena tembakan dan kini dirawat di sebuah hospital.

Terdahulu Hussein menyaksikan acara serah terima tugas antara bekas Ketua Polis Daerah KLIA, Senior Asisten Komisioner Imran Abd Rahman dan Asisten Komisioner Azman Shariat.

Azman, yang sebelum ini merupakan Ketua Urusetia Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, kini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah KLIA.

Imran pula menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Operasi Darat) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menggerakkan pasukan dan mengadakan sekatan jalan raya bagi memantau kehadiran suspek kes tembak berkenaan.

"Kami akan tingkatkan kawalan dan pemeriksaan terutama di sekatan jalan raya serta risikan bagi mengesan suspek jika berada di negeri ini).

"Pada masa sama kita juga akan edarkan gambar lelaki itu Unit Kereta Peronda (MPV) dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara beliau dan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Mohd Alwi, 56, merupakan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad