web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Di Gaza: Na'im Rakam Ucapan Takziah Kepada Ismail Haniyeh 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:12PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh susulan serangan terbaharu Israel ke atas Palestin sehingga mengorbankan beberapa ahli keluarga pemimpin Islam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata, pihaknya amat berduka cita dan mengutuk perbuatan Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan itu, tatkala umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti laporan media, beberapa orang anak dan cucu beliau telah terkorban dalam serangan tersebut... Zionis Israel terus tidak mempedulikan suara dunia yang mengutuk perbuatan zalim mereka.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh. Semoga beliau terus tabah dengan ujian besar ini. Tentunya ia sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi negara Palestin," katanya.

Selain itu, beliau mengajak rakyat Malaysia terus berdoa kepada rakyat Palestin supaya diberi kekuatan dan kesabaran untuk berhadapan dengan Zionis Israel.

"Sesungguhnya doa kita semua amat bermakna tanda kesatuan hati kita semua," katanya dalam kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Himpunan Pembebasan Palestin Bukti Rakyat Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Palestin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad