web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Aidilfitri: Orang Ramai Manfaat Hari Terakhir Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 3:25PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli kuih raya yang dijual dengan potongan harga. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mengambil peluang promosi dan diskaun lebih murah yang kelazimannya diberikan pada akhir Ramadan menjadi antara faktor orang ramai memilih  saat akhir untuk membeli-belah menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut esok.

Tinjauan Bernama di sebuah pasar raya di sini mendapati premis yang sentiasa dikunjungi warga tempatan dan Singapura itu mula menjadi tumpuan seawal 9.15 pagi.

Aida Miskon, 48, berkata dia memilih membuat pembelian di saat akhir kerana selain kekangan masa susulan kesibukan bekerja dan lazimnya akan ada promosi lebih murah. 

"Kami sekeluarga sebenarnya baru sampai dari Nilai sebab saya dan suami bekerja di Nilai dan hari ini baru berkesempatan nak cari baju raya. Memandangkan kampung suami di Kampung Melayu Majidee dekat dengan pasar raya ini jadi kami pilih membeli-belah di sini.

"Setakat ini harga okay tidak membebankan, kita perlu pandai tawar harga dan rajin cari untuk pastikan kita dapat barang yang cantik dan berpatutan.

“Semua tahu, tahun ini agak mencabar jadi persiapan seadanya sahaja mengikut keperluan," kata ibu kepada lima cahaya mata itu.

Hafilah Zatin Amali Aman, 49, yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Pontian berkata, dia memilih membeli-belah pada minggu akhir Ramadan kerana keadaan sedikit lengang berikutan ramai telah pulang ke kampung dan tawaran promosi dengan harga lebih rendah.

"Saya datang tadi dalam 9.45 pagi...Alhamdulillah tempat letak kenderaan masih banyak dan hari ini, saya cari baju untuk anak tunggal saya. 

"Kalau ikutkan memang kami sekeluarga tak nak tukar baju baharu kerana akhir tahun lepas sudah ada baju yang dibuat untuk majlis adik bongsu saya, cuma baju anak ada kotoran dan rosak sebab itu saya datang di sini.

"Harga alhamdulillah murah dan berpatutan...kena pandai carilah...Tentang persiapan raya pula pada saya sederhana sahaja dan saya akan beraya di kampung saya di Pontian," katanya yang ditemani anak lelakinya Hanif Daniel Mohd Syahomlail, 15.

Bagi tiga beradik Suriani Salleh, 46, Sarina Salleh, 51, dan Suraya Saleh, 42, meskipun persiapan awal telah dilakukan, mereka berkunjung ke pasar raya hari ini kerana mahu meninjau dan membeli barang-barang yang menarik perhatian.

"Kami baru sampai kira-kira pukul 9 pagi tadi… kami datang nak jalan-jalan lihat apa yang boleh kami beli untuk tambahan seperti kuih raya dan sebagainya serta kami nak rasai suasana hari terakhir Ramadan di pasar raya.

"Alhamdulillah kuih yang kami beli hari ini lapan balang dan harganya murah empat balang RM100...di sini kita kena pandai cari dan pilih dan mungkin hari ini akan ada diskaun lebih...ikut bajet dan keperluan," kata mereka yang akan beraya di Kampung Melayu Majidee. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad