web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 4:28PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, secara keseluruhan, situasi takungan air di empangan masih terkawal dan boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga tempoh 90 hari.

"Mungkin ada beberapa empangan yang paras kritikal, namun itu bukan secara menyeluruh di seluruh negara dan meskipun isu air adalah di bawah bidang kuasa negeri menerusi syarikat air, namun kita (Persekutuan) bantu pantau.

"Situasi paras empangan adalah baik untuk tempoh 90 hari lagi dan kita jangka keadaan cuaca ini akan tamat sehingga tengah April dan (paras air) kembali seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa MADANI Jalinan Kasih Ramadan di Surau Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa empangan di negeri utara Semenanjung berada pada paras kritikal susulan kawasan berkenaan mengalami suhu panas tertinggi.

Semalam, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan memaklumkan sumber bekalan air mentah dan perkhidmatan di 47 empangan serta 67 Loji Rawatan Air (LRA) utama di seluruh Semenanjung dan Labuan, masih berada dalam keadaan terkawal.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai situasi bekalan air bersih di Sabah, Fadillah berkata, kerajaan Persekutuan telah menyediakan geran dan pinjaman untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Itu inisiatif kerajaan negeri lah sama ada bantu sediakan trak dan beri bekalan air.. menerusi syarikat serta pembekal air yang dilantik," katanya.

Pada 13 Mac lalu, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Papar dalam kenyataan mengisytiharkan Papar, terletak kira-kira 38 kilometer dari Kota Kinabalu, sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air berada pada tahap kritikal akibat cuaca panas melanda kawasan tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar