web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 8:14AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, individu terbabit sangat bermasalah dengan lebih 20 kertas siasatan lampau telah dibuka terhadapnya, berkaitan kenyataan jelik sebelum ini.

"Saya telah minta MCMC mengambil tindakan yang keras dan bersepadu bersekali dengan PDRM, untuk kita pastikan kandungan yang jelik dan menghina institusi Diraja tidak ada dalam platform Facebook. Saya difahamkan kandungan tersebut juga ada di TikTok.

"... jadi kita akan teliti beberapa tindakan yang perlu diambil, untuk pastikan Facebook dan platform lain memberi kerjasama yang baik dan pantas terutama dalam isu-isu melibatkan 3R (kaum, agama, institusi raja)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 3/2024 di sini, semalam.

Baru-baru ini, tular seorang individu yang dipercayai telah memuat naik video dengan mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina institusi Diraja Selangor.

Terdahulu, Fahmi ketika berucap pada perhimpunan tersebut telah meminta MCMC untuk mengambil tindakan yang tegas, terhadap mana-mana pihak yang sengaja menanamkan bibit-bibit perpecahan dan mengapi-apikan sentimen.

Pada masa sama, beliau juga meminta kerjasama daripada semua agensi dalam Kementerian Komunikasi supaya menjadi 'ejen' untuk menjernihkan keadaan dan membantu mengembalikan keadaan yang tenang.

Selain itu, Fahmi berkata, RTM juga perlu mempertingkatkan kandungan serta bahan yang mengetengahkan aspek perpaduan dalam masyarakat.

"Ini penting kerana sewaktu Bapa-bapa Kemerdekaan dan Bapa-bapa Malaysia membentuk negara kita memperoleh kemerdekaan, tidak diidamkan satu suasana porak peranda dan berpecah belah.

"Kepelbagaian dan kerencaman kita sesungguhnya adalah satu kekuatan. Bulan Ramadan ini seharusnya mendidik kita juga untuk bertoleransi, sabar, ada had dan batas serta saling hormat menghormati," katanya.

Mengenai isu lain, Fahmi berkata, pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di peringkat Kementerian Komunikasi, termasuk agensi di bawahnya sudah mencapai hampir 99 peratus.

Beliau berkata, daripada peratusan itu, Institusi Penyiaran Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Komunikasi Komuniti (J- KOM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah mencapai 100 peratus pendaftaran PADU. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad