web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 11:27PM

Mohd Yusri Hassan Basri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak,  Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut mendapati, sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah 'Lalamove, telah berhenti di tepi jalan kira-kira jam 5.35 pagi.

"Satu lelaki (suspek) telah turun daripada kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Yusri dilaporkan berkata kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada jam 8.49 pagi.

Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan.

Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norseha Baharudin di talian 017 796 4459. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad