web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 4:09PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin (tengah) pada sidang media mengenai tangkapan dan rampasan pelbagai jenis dadah berjumlah RM14.15 juta di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier di Bandar Mahkota Cheras di sini, dua hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dua lelaki berumur 33 hinga 44 tahun itu ditahan bersama 62.7 kilogram (kg) syabu pada jam 11 pagi, semasa berada di dalam sebuah kenderaan, selepas pasukan operasi menjalankan risikan selama hampir empat bulan.

Beliau berkata, susulan soal siasat, pihak JSJN kemudiannya melakukan satu lagi serbuan pada hari sama ke atas sebuah kondominium mewah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah, dan merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis.

"Dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 332.443kg, pil ekstasi 15.7kg, pil erimin 5 seberat 8.1 kg dan 6.07kg serbuk MDMA.

"la dianggarkan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengahan tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.

Kedua-dua keldai dadah ini bertindak sebagai penjaga stor penyimpanan dadah, sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier, dan mereka diberikan komisen sekitar RM2,000 hingga RM3,000.

Khaw berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan JSJN telah menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket ini, yang dianggarkan bernilai RM38,000," katanya.

Beliau berkata, pihak JSJN sedang berusaha mengesan anggota rangkaian sindiket ini yang masih bebas, terutama dalang utama dan orang ramai yang maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurkannya kepada polis dengan menelefon hotline JSJN di talian 012- 2087222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad