web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:09PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ІРОН - Seekor harimau dahan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Trong menghala ke Beruas, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah mengambil bangkai harimau berkenaan petang semalam selepas menerima aduan daripada polis bantuan WCE.

"Bangkai harimau dahan itu telah kembung dan busuk, kita percaya haiwan itu telah dilanggar kenderaan dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkai," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.

Yusoff berkata, harimau jantan spesies 'clouded leopard' seberat 20 kilogram itu dianggarkan berusia lima tahun.

Beliau berkata, harimau dahan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 21 saat memaparkan seorang individu menemukan seekor harimau yang telah mati dihurungi lalat dan berbau busuk di tepi penghadang besi lebuh raya berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad