Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Angkara Air Oren, Warga Bangladesh Maut Ditikam Rakan Sekerja

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:11PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerjanya ketika sedang berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berpunca ekoran suspek warga Pakistan itu, marah apabila air orennya diminum oleh mangsa berusia 49 tahun itu, ketika berbuka puasa.

"Suspek berumur 51 tahun itu seterusnya bertindak menikam pekerja am itu beberapa kali menggunakan pisau, yang diambil daripada dapur," katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut sekitar 7.20 malam, sebelum bertindak menahan suspek kira-kira 10 minit kemudian di tempat kejadian dan turut merampas pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dan suspek tinggal bersama-sama di dalam kontena, yang dijadikan sebagai asrama di kilang berkenaan.

Mohd Iqbal berkata, suspek akan direman hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun jika sabit kesalahan.

Pihak yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 0192255597 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Permit Kerja Palsu Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Bangladesh Didakwa Hasilkan, Miliki Lebih 700 Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Sukan 10 jam yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Semasa 2 jam yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Cedera - Bomba

oleh Wartawan Getaran