web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 9:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - China menepati ramalan apabila merangkul gelaran ke-11 dengan menewaskan juara 14 kali,Indonesia 3-1 pada perlawanan akhir Piala Thomas 2024di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini. 

Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.

Pemain perseorangan lelaki kedua dunia Shi Yu Qi menyumbang mata pertama apabila menewaskan Anthony Sinisuka Ginting 21-17 pada set pertama, dan meneruskan momentum kemenangan dalam kelas tersendiri dengan 21-6.

Aksi meyakinkan Yu Qi memberikan suntikan semangat kepada beregu nombor satu dunia Liang Wei Keng-Wang Chang untuk menyumbang mata walaupun terpaksa bermandi keringat sebelum mengatasi juara All England 2024 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-18,17-21,21-17 sekali gus mengukuhkan kedudukan.

Bagaimanapun, Indonesia kembali mengurangkan defisit mata apabila Jonatan Christie mempamerkan aksi cemerlang mengatasi pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 Li Shi Feng dalam pertarungan sengit 21-16,15-21,21-17 untuk menghidupkan semula harapan untuk Indonesia. 

Bagaimanapun, beregu kedua Indonesia gagal Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana terlepas peluang mengikat kedudukan sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan apabila tewas 11-21,15-21 kepada pasangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Pada sidang media selepas perlawanan akhir, Ji Ting melahirkan kegembiraan kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas ke China selepas kali terakhir memenanginya pada 2018 di Bangkok, Thailand.

Bagi Yu Qi pula, beliau tidak menyangka dapat memenangi perlawanan dengan kelebihan besar ketika berdepan Ginting pada perlawanan pembukaan.

"Set pertama sangat mencabar dan saya tidak bermain dengan baik seperti yang diharapkan. Bagaimanapun, sorakan penyokong dan dorongan daripada rakan sepasukan telah meningkatkan keyakinan selepas menang set pertama itu," katanya. 

Dalam pada itu, Bagas yang kecewa tidak dapat memenangi perlawanan keempat berikrar untuk kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar