web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Bangladesh Didakwa Hasilkan, Miliki Lebih 700 Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:27PM

Suspek yang juga seorang pelajar perubatan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh, yang merupakan pelajar perubatan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Dia berdepan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu perbuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mengikut Seksyen 10 akta sama iaitu memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB serta cakera keras dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. 

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 Oktober 2021 hingga 19 September lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria memohon mahkamah supaya tidak membenarkan Zobaidul diikat jamin atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Beliau berkata sekiranya jaminan diberikan, tertuduh dikhuatiri meneruskan aktiviti mengarah atau menghasilkan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa secara dalam talian.

Peguam Harvindar Singh pula memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan kesalahan di bawah akta itu boleh diberikan jaminan.

Surita kemudian membenarkan Zobaidul diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 30 Nov sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Suspek Kes Tetak Di Seremban

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad