web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2025 10:33AM

Ganbar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jalur Gemilang gergasi yang megah terbentang dari tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pagi di sini, bukan sekadar hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga menjadi simbol semangat patriotisme warga sekolah kepada tanah air tercinta.

Penyelaras Bulan Kemerdekaan sekolah, Shah Rizal Mohd Yusof, 44, berkata bendera bersaiz 18.3 meter x 8.6 meter dipasang di bangunan utama sekolah itu turut menyemarakkan semangat murid yang kian berkobar-kobar menjelang ketibaan 31 Ogos.

"Murid berasa teruja dan bangga apabila melihat bendera besar ini menghiasi bangunan sekolah, seharian mereka jadi lebih bersemangat, ada yang bergambar dan ada juga yang mula bertanya lebih banyak tentang sejarah kemerdekaan negara.

"Memang hasrat pihak sekolah untuk bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tetapi kita mahu menaikkan semangat patriotik dalam kalangan murid di sini," katanya kepada Bernama.

Shah Rizal yang merupakan guru Sejarah berkata bendera gergasi tersebut adalah sumbangan daripada seorang individu kepada pihak sekolah kira-kira lima tahun lepas dan dijaga dengan elok hingga kini.

Sementara itu, Mohd Nazri Mohd Sarif, 53, yang bertanggungjawab mengurus dan menyelenggarakan Jalur Gemilang tersebut berkata minatnya dalam menghias dan mengibarkan bendera setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan bermula sejak di bangku sekolah hingga ke universiti dan masih terus membara hingga hari ini.

Guru Sains itu berkata tugas berkendan dilaksanakan dengan bantuan rakan setugas, Zainal Abidin Mohamad Som, 51, serta beberapa murid bagi memastikan Jalur Gemilang gergasi itu dipasang dengan megah.

"Bendera gergasi ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah malah menjadi lambang kebanggaan serta tarikan kepada orang ramai yang datang, pemandangan seperti ini jarang dapat dilihat di tempat lain," katanya.

Beliau berkata Jalur Gemilang itu akan terus berkibar hingga 16 September sempena Hari Malaysia sebagai tanda cinta dan taat setia kepada tanah air, selbelum diturunkan untuk disimpan dengan penuh penghormatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Suspek Kes Tetak Di Seremban

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Pasar Tamu Dayak Seremban Tumpuan Peminat Hidangan, Produk Sabah, Sarawak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad