web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 10:13AM

Ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai V. Raja Kumar, 29, S. Agilan, 24, dan Suresthiran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran di Taman Permai Seremban seperti video yang tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai V. Raja Kumar, 29, S. Agilan, 24, dan Suresthiran.

“Siasatan mendapati ketika kejadian pada dua hari lepas, mangsa seorang buruh berusia 16 tahun dikatakan sedang makan bersama rakannya di restoran berkenaan sebelum diserang oleh tiga lelaki yang dikenali.

“Mangsa turut ditarik sehingga ke luar restoran dan telah dipukul berkali-kali, tidak lama kemudian dia berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis pada 3.46 pagi. Motif pergaduhan disyaki kerana perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Semalam, tular beberapa video berdurasi 10 hingga 23 saat memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki di restoran berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar