web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 3:37PM

Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 9 Ogos untuk mendengar permohonan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain di sini.

Hakim Azrul Darus menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan berhubung permohonan pemindahan kes yang difailkan Daim pada 7 Mei lepas.

"Sehubungan itu, saya memohon supaya tarikh pendengaran permohonan itu pada 9 Ogos ini," kata Mohamad Fadhly semasa sebutan kes.

Mohamad Fadhly berkata afidavit balasan responden (pendakwaan) difailkan pada 23 Mei lepas manakala afidavit jawapan pemohon (Daim) pada 30 Mei.

Sementara itu, peguam M. Puravelan yang mewakili Daim memohon supaya kehadiran anak guamnya dikecualikan pada 9 Ogos itu.

Bagaimanapun TPR, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan peguam itu dan memohon supaya Daim hadir untuk prosiding pendengaran nanti.

Azrul kemudian memerintahkan supaya kehadiran Daim pada 9 Ogos tidak dikecualikan.

Daim memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi).

Pada 29 Januari lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Na'imah, 66, pula didakwa pada 23 Januari lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Didakwa Tidak Isytihar Harta Libatkan 38 Syarikat, 25 Unit Hartanah, Kereta Mewah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aset Saya Bernilai Lebih RM50 Bilion, Jika Kekal Dalam Perniagaan - Tun Daim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Daim Dibuka Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora - SPRM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad