web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aset Saya Bernilai Lebih RM50 Bilion, Jika Kekal Dalam Perniagaan - Tun Daim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 4:00PM

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki aset-aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam kancah politik.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion.

"Sebelum menyertai politik dan memegang jawatan awam, saya merupakan seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan kaya. Keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri saya dan keluarga saya," katanya menerusi afidavit sokongan yang difailkan pada 10 Januari lalu.

Afidavit sokongan itu difailkan bersama permohonan Daim dan ahli keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan yang dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Daim pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan yang diasaskan bersama rakan kongsi lain iaitu sebuah syarikat pembangunan tanah dikenali sebagai Syarikat Maluri Sdn Bhd.

Katanya, syarikat itu (Maluri) bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 bilion.

"Saya juga merupakan pemilik Malaysian French Bank dan kemudian UMBC (kini RHB). Saya juga mempunyai kawalan serta kepentingan dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia. 

"Sebanyak 10 peratus kepentingan saya dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion," katanya menerusi afidavit itu.

Pada 10 Januari, Daim, 85, dan isterinya, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd, selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden pertama hingga kedua.

Dalam permohonan itu, pemohon berkata, pada 30 Disember 2023, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan terhadap Daim telah dibuka berdasarkan maklumat daripada 'Pandora Papers'.

Menurut Daim, Pandora Papers adalah fail sulit yang tersebar pada 2021 yang mendedahkan nama pemilik syarikat luar pesisir, aset, dan akaun bank di luar negara yang di luar bidang kuasa Malaysia, namun beliau mendakwa fail terbabit tidak menyatakan sebarang kesalahan dilakukan olehnya dan keluarga.

Oleh itu, mereka antara lainnya memohon satu perintah antaranya supaya SPRM dan pegawainya membatalkan semua penyiasatan yang dimulakan terhadap mereka sejak Februari 2023 sehingga kini dan membatalkan semua notis yang dikeluarkan oleh SPRM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad