Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Insiden Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Cedera - Bomba

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 4:37PM

gambar FB KLCCC DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam insiden pokok tumbang di hadapan Hotel Shangri-la, Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, PgKB I M Fatta M Amin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul serta jentera FRT-4 dan EMRS-4 dikerah  ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.

"Dua orang mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat. Mangsa pertama seorang lelaki melayu berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala mangsa kedua iaitu lelaki Melayu berumur 26 tahun yang kecederaan sudah diserahkan kepada paramedik KKM yang berada dilokasi," katanya dalamm kenyataan hari ini.

gambar JBPM
gambar JBPM

Beliau berkata, insiden terbabit turut mengakibatkan kerosakan kemudahan awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian pokok menghempap kenderaan hingga menyebabkan ada di antaranya yang remuk.

Insiden itu turut menyebabkan gangguan perkhidmatan monorel antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

Susulan kejadian itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengaktifkan bas perantara antara  KL Sentral ke Medan Tuanku, manakala tren perantara di antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

"Operasi Laluan Monorel kini sedang mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan dahan pokok yang telah tumbang ke atas landasan akibat cuaca buruk berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan yang berlaku pada jam 2.20 petang tadi.

"Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen Laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang.

"Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. 

"Buat masa ini anggota Polis dan Bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.

"Sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE," katanya. - Getaran, 7 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Tumbang Lagi, Mujur Kali Ni Tiada Kemalangan Jiwa

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

4

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 11 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM