web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Permit Kerja Palsu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 4:00PM

Polis berjaya merampas beberapa peralatan termasuk laptop, mesin cetak, pasport, pas lawatan kerja sementara dan telefon bimbit yang digunakan untuk mengeluarkan permit kerja palsu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai menjadi dalang sindiket pemalsuan permit kerja dengan menawarkan harga lebih murah dan cepat untuk rakan senegara sejak Oktober lalu.

Dalam serbuan pada jam 7.30 malam Selasa lalu di Kampung Baru Hicom dekat Shah Alam, dua suspek berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis berjaya merampas beberapa peralatan iaitu sebuah laptop, sebuah mesin cetak, tiga pasport, 10 keping pas lawatan kerja sementara dan empat telefon bimbit yang digunakan untuk tujuan mengeluarkan permit kerja palsu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pekerja pembersihan di Glenmarie Shah Alam. Mereka menjalankan kegiatan memalsukan dan menjual permit palsu itu sejak Oktober lalu.

“Suspek dipercayai menawarkan permit palsu itu kepada warganegara asing dengan harga yang lebih murah dan cepat dengan setiap permit dianggarkan berharga RM200 kepada rakan senegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, susulan penangkapan dua suspek terbabit, seorang lagi lelaki warga Bangladesh yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu ditahan malam semalam.

“Ketika tangkapan dilakukan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 16 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

4

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad