web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Raja Perlis, Penjual Ketam Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Seorang penjual ketam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor daripada Mahkamah Majistret Kangar.

Yusharifuddin berkata tangkapan terhadap lelaki itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada jam 1.30 pagi tadi selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 37 tahun semalam.

"Pengadu telah melayari Facebook dan telah melihat satu posting mengenai penghinaan ke atas Raja Perlis menggunakan akaun Facebook.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata polis juga menerima laporan berhubung perbuatan khianat iaitu kejadian menyimbah cat berwarna merah terhadap sepanduk tertera gambar Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Selasa lepas.

"Untuk kes simbah cat ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar