web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelesaian Mengenai Kad Perakuan Media Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 4:32PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkenaan Kad Perakuan Media, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), termasuk mengenai tempoh sah lakunya sedang diteliti dan akan diumumkan penyelesaiannya dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, JaPen sedang mengemas kini dan menyelaras kembali tempoh sah laku Kad Perakuan Media untuk semua organisasi mengikut beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Fahmi berkata, hal ini kerana ada beberapa wartawan kontrak daripada organisasi media yang tempoh sah laku kad perakuan medianya berbeza.

"Ini masih dalam pertimbangan JaPen dan insya-Allah dalam masa yang tidak terlalu lama, kita akan ada pengumuman susulan mengenai isu ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran solusi digital penjagaan kesihatan oleh CelcomDigi di sini, hari ini.

Semalam, JaPen dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyelaras SOP Kad Perakuan Media JaPen termasuk berkaitan tempoh sah laku kad berkenaan.

JaPen dilaporkan berkata, penyelarasan ini turut mengambil kira dokumen Kod Etika Wartawan Malaysia (KEWM) Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang telah dikemas kini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pengamal media bagaimanapun boleh memperbaharui kad perakuan berkenaan yang telah tamat tempoh seperti biasa.

Pada masa sama, Fahmi berkata, penyelarasan itu dibuat bukan untuk mengekang kebebasan bersuara pengamal media dan ia tidak berfungsi seperti 'lesen' yang diwajibkan ke atas mereka.

Sebaliknya, Fahmi berkata, ia berperanan sebagai medium pemudah cara untuk membuat liputan terutama melibatkan program rasmi kerajaan.

"Kad Perakuan Media JaPen diberi khusus untuk memudah cara wartawan hadir dan mengikuti acara rasmi kerajaan seperti liputan acara sambutan Hari Kebangsaan, acara di Parlimen dan acara Pertabalan, itulah fungsi Kad Perakuan Media.

"la tidak mengekang daripada membuat pelaporan, ini bukan seperti MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) dia bukan pertubuhan seperti itu," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, nama 215 wartawan sambilan atau 'stringer' telah dikemukakan JaPen kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Setelah kita teliti (perkara ini), nanti kita akan buat pengumuman susulan, termasuk dalam isu perlindungan Perkeso dalam bidang ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tempoh Sah Laku Kad Perakuan Media Dikemas Kini - JaPen

2

Politik 3 tahun yang lalu

Jangan Guna Jentera Kerajaan Berkempen Untuk Parti Politik - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Japen Kelantan Jalin Kerjasama Tingkatkan Kesedaran Risiko Penipuan Dalam Talian

4

Budaya 4 tahun yang lalu

Bahasa Banjar, Jawa Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad