web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Sah Laku Kad Perakuan Media Dikemas Kini - JaPen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 8:40PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tempoh sah laku Kad Perakuan Media (KPM) bagi pengamal media antarabangsa warganegara Malaysia, dikemas kini kepada dua tahun berbanding setahun, berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam kenyataan hari ini mengenai kemas kini tempoh sah laku KPM tersebut, memaklumkan tempoh KPM bagi pengamal media antarabangsa bukan warganegara Malaysia dan dalam lawatan jangka masa panjang pula ialah selama setahun.

Tempoh sah laku KPM bagi pengamal media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian pula ialah selama dua tahun.

Bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media contohnya kakitangan sambilan seperti pemberita sambilan yang perlu perbaharui kontrak setiap tahun, tempoh sah lakunya adalah setahun.

Tempoh sah laku KPM pula ditetapkan selama enam bulan bagi pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan JaPen.

"Tempoh ini untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu. Selepas itu, tempoh kelulusan yang diberikan sama seperti kategori ditetapkan.

"Tempoh sah laku ini akan berkuat kuasa serta merta (7 Mac 2024)," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut JaPen, pemegang KPM yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh KPM masing-masing.

Semua permohonan pendaftaran agensi media baharu dan permohonan KPM yang lain, tertakluk kepada tempoh sah laku KPM yang baru ditetapkan seperti di atas.

Garis panduan yang telah ditetapkan melalui pautan soalan lazim di https://emedia.penerangan.gov.my/ masih berkuat kuasa dan tertakluk kepada semua pemegang KPM JaPen.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini telah meminta JaPen, supaya meneliti semula tempoh sah laku KPM JaPen bagi media antarabangsa dan media dalam talian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelesaian Mengenai Kad Perakuan Media Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat - Fahmi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jabatan Penyiaran Terbitkan Senarai Lokasi, Tarikh Program Jualan Rahmah - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Naib Johan Kuiz Asean Peringkat Rantau

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad