web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Penyiaran Terbitkan Senarai Lokasi, Tarikh Program Jualan Rahmah - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 8:15PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penyiaran akan menerbitkan senarai lokasi dan tarikh bagi Program Jualan Rahmah bergerak di seluruh negara.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia bagi membantu rakyat untuk mengetahui lokasi dan tarikh untuk mendapatkan penjimatan apabila membeli barang mentah atau barang keperluan.

“Saya juga telah meminta Jabatan Penerangan melalui komuniti MADANI yang berada di lapangan serta pegawai-pegawai Jabatan Penerangan menyampaikan kepada komuniti masing-masing apabila Jualan Rahmah diadakan di kawasan mereka.

“Ini kita percaya akan membantu dengan khusus kawasan-kawasan yang hadapi isu ataupun perlukan sedikit bantuan (dari segi barangan keperluan),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Horizon Publication di sini hari ini.

Fahmi juga menjelaskan laporan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menunjukkan Program Jualan Rahmah sangat popular dan membantu mengurangkan tekanan dari segi kos harga barang kerana penjimatannya sangat tinggi.

Berhubung beberapa laporan media tempatan mengenai kenaikan harga barangan pengguna, Fahmi menjelaskan kadar inflasi Malaysia mereda pada Mei 2023 dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) turun kepada 2.8 peratus menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Sebenarnya sektor komunikasi menunjukkan penurunan yang sangat mendadak iaitu -4 peratus, Jadi ia, deflasi bukan inflasi dan memang kalau kita lihat makanan dalam senarai itu, bahan mentah dan sebagainya peningkatannya sangat minimum,” katanya.

Fahmi juga berkata pihaknya akan memanjangkan laporan isu kenaikan harga barang yang diterima kepada pihak KPDN untuk tindakan selanjutnya termasuk penguatkuasaan.

Bertanya mengenai rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam kalangan parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH), Ketua Penerangan PKR yang juga Pengarah Komunikasi PH itu berkata ia akan diumumkan tidak lama lagi.

“Rundingan berjalan dengan baik, saya lihat dalam kalangan pimpinan rata-rata suasananya positif dan saya percaya tidak lama lagi akan diumumkan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diadakan secara serentak pada 12 Ogos ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

4

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad