web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahasa Banjar, Jawa Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

Bagi membangkitkan momentum sambutan Hari Kebangsaan, Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor membuat hebahan dalam bahasa Banjar dan Jawa untuk penduduk di Sabak Bernam.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 8:30AM

Gambar Hiasan dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan dalam menzahirkan rasa bangga menyambut hari penuh bermakna itu.

Bagi membangkitkan momentum sambutan tersebut tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor mengambil inisiatif membuat hebahan dalam bahasa Banjar dan Jawa untuk memudahkan masyarakat setempat di Sabak Bernam memahami maklumat yang hendak disampaikan itu.

Dihasilkan oleh Juruaudio Visual JaPen Selangor, Fadzlysham Ahmad, antara bahan hebahan itu dalam bahasa Banjar adalah:

"Walaupun negara kita ni sedang berhadapan awan ujian getir, iaitu penularan wabak COVID-19, amun, semangat cinta akan negara perlu dipamerkan dengan banggaknya Jalur Gemilang bersempena bulan kebangsaan ini. Jangan kelumpangan, untuk mematuhi SOP yang talah ditetapkan kerajaan”. 

Hebahan itu yang bermaksud walaupun negara sedang berhadapan dengan ujian getir berikutan penularan wabak COVID-19, semangat cintakan negara perlu dipamerkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan ini. Jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Fadzlysham, 37, berkata walaupun Bulan Kebangsaan pada tahun ini disambut sederhana dan tidak dilakukan secara bersemuka, pihaknya tetap bersemangat dan berbangga untuk melaksanakan amanah bagi memastikan penduduk di Sabak Bernam mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan bersejarah itu.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk di Taman Perdana di sini menzahirkan rasa bangga dan teruja apabila pihak JaPen menggunakan bahasa Banjar dan Jawa untuk melakukan hebahan mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2021 dan COVID-19 yang memudahkan penduduk setempat memahami mesej disampaikan.

Penduduk Fathullah Md Danu @ Md Salleh, 53, yang ditemui menghargai usaha Japen menggunakan bahasa Jawa untuk menguar-uarkan pesanan tersebut sekali gus dapat menampilkan jati diri penduduk tempatan yang sentiasa bercakap menggunakan bahasa berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan Mohd Noh Kamal Mohammad, 59, berkata beliau sangat teruja apabila mendengar perkataan daripada bahasa banjar, ‘kulaan seberataan’ yang membawa maksud saudara mara sekalian, dilaungkan dalam hebahan tersebut.

"Walaupun kami pada masa itu riuh berpandiran (bersembang), apabila saya terdengar bahasa banjar terkeluar dari corong pembesar suara, saya terus memberitahu kepada kawan-kawan mengenai pengumuman tersebut," katanya kepada Bernama.

Sementara itu Pengarah JaPen Selangor Ali Suhaili berkata selain bahasa Melayu pihaknya juga menggunakan bahasa Banjar dan Jawa melalui program Info On Wheels (IOW) untuk memudahkan penduduk setempat memahami maklumat yang disampaikan.

Beliau berkata pengedaran Jalur Gemilang dilaksanakan dengan pematuhan SOP ketat tanpa bersemuka, sebaliknya pihaknya menggunakan kaedah tanpa sentuhan dengan meletakkan Jalur Gemilang sama ada di peti surat ataupun di hadapan pintu rumah penduduk sekitar. 

“Sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini, kenderaan IOW JaPen Selangor bergerak di seluruh negeri sambil memasang lagu-lagu kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang oleh petugas kepada penduduk,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN