web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Japen Kelantan Jalin Kerjasama Tingkatkan Kesedaran Risiko Penipuan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:46AM

Kerjasama strategik itu merupakan ikhtiar Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dan tertipu dengan taktik digunakan scammer dalam talian. - Gambar pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Jabatan Penerangan (JaPEN) Kelantan menjalankan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memberi kesedaran terhadap risiko penipuan dalam talian kepada masyarakat di negeri itu.

Pengarahnya Muhd Nor Aswadi Mod Nor berkata kerjasama strategik itu merupakan ikhtiar Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dan tertipu dengan taktik digunakan scammer dalam talian.

“Dua kaedah digunakan bagi menjelaskan berkaitan penipuan ini iaitu komunikasi bersemuka dan menggunakan media baharu seperti Facebook dan YouTube.

“Kita juga melakukan kerjasama dengan Kelab Media Darul Naim (Kemudi), badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pendidik yang sudah tentu mereka mempunyai pengaruh besar dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa, di sini malam tadi.

Muhd Nor Aswadi berkata sebagai peneraju kepada komunikasi kerajaan, pihaknya akan terus melaksanakan program bagi memberi penerangan berkenaan isu semasa dalam dan luar negara.

“JaPEN Kelantan akan melaksanakan 200 program tahun ini bagi memberikan penerangan dan penjelasan termasuk berkaitan tiga ‘R’ iaitu race (kaum), religion (agama) dan royalty (Institusi diraja).

“Selain itu kita komited melakukan kempen Malaysia MADANI yang diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kita gelorakan di peringkat akar umbi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran